Kenapa Perlu Ada Sistem Pengurusan Ejen?

Kenapa anda perlu ada sistem pengurusan ejen? Ejen dah la ramai. Memang susah nak monitor setiap orang.

Bila ada sale ja, mesti mula pening kepala nak record secara manual dalam file Excel.

Leceh kan?

Tapi, bila dah ada sistem mudah – kenapa perlu susah lagi?

Mesti ramai lagi bisnes owner yang belum maklum berkenaan kepentingan mempunyai sistem pengurusan ejen sendiri. Yang pasti, ramai cakap bila rekod sale secara manual ni lebih menjimatkan.

Betul, jimat dari segi duit. Tapi masa terbuang untuk siapkan perkara yang boleh dimudahkan.

Jadi, kenapa nak perlu susah kan?

Kepentingan sistem pengurusan ejen

Kami akan terangkan kepentingan sistem pengurusan ejen bagi bisnes anda. Sebelum baca, mesti ramai rasa macam sistem ni tak penting. Tapi lepas baca nanti, anda akan terfikir keperluan untuk ada sistem pengurusan ejen sendiri.

1. Mudah untuk rekod ejen dan dropship

Semua tahu, nak jaga 10 orang ejen pun memang cukup susah. Tapi kalau ada lebih dari 100 orang ejen, mesti akan jadi lebih pening. Kan?

Tak ada cara mudah ke untuk rekod sale ejen dan dropship?

Memang tak ada cara mudah selain dari gunakan sistem pengurusan ejen.

sistem pengurusan ejen

Dengan menggunakan sistem pengurusan ejen, bisnes owner dapat monitor semua ejen di bawah anda seperti stokis, ejen, dropship dan bilangan sales team yang anda.

Dari kategori seperti ini, anda dapat melihat sama ada anda perlu rekrut lagi team anda ataupun sudah cukup dengan bilangan yang ada sekarang.

Apa yang menarik, sistem pengurusan The Boss Asia ini dapat monitor sales team. Sales team bermaksud setiap sales team mempunyai seorang stokis yang akan ada dibawahnya ejen dan dropship.

Selalunya, kita sudah cukup ‘masak’ dengan perangai founder yang hanya kenal stokis tanpa kenal siapa dibawah stokis tersebut. Maknanya disini, anda dapat melihat semua ejen yang berada di bawah HQ juga yang berada di bawah stokis.

Dengan adanya panel untuk monitor sales team, pastinya ada dapat tahu berapa ramai sebenarnya ejen yang menjual produk anda di bawah stokis.

Selain itu, anda juga dapat melihat prestatsi sales team yang perform dan boleh berikan reward kepada mereka.

2. Senang untuk bayar komisen ejen

Sebelum ni, bila nak bayar komisen ejen ja mesti dah pening. Pertama, kena rujuk dulu sistem yang kita key-in dalam Excel. Yang kedua, kena rujuk semula pula bayaran yang dilakukan ejen ke dalam akaun syarikat.

7dba8ef1 eb9f 436a 9af9 e0953329711e

Tapi dengan adanya sistem pengurusan ejen, semuanya jadi lebih mudah. Anda dapat melihat senarai ejen dan juga transaksi yang telah dimasukkan ke dalam akaun syarikat di dalam satu page.

Dengan cara ini, anda dapat jimatkan lebih banyak masa. Dengan menggunakan satu klik, anda dapat terus membayar komisen ejen tanpa perlu merujuk akaun berkali-kali.

Jadi, lebih banyak masa yang anda dapat anda tumpukan untuk lakukan kerja-kerja lain yang lebih penting. Yang pastinya, sangat senang untuk digunakan.

3. Memudahkan komisen untuk tempahan COD

pengurusan ejen COD

Bila bercakap soal COD, ramai founder yang pening kepala. Mana taknya, kadang-kadang yang terima tempahan COD tu adalah dropship yang tak pegang barang di tangan.

Apabila dropship nak terima tempahan, memang akan jadi serba salah sebab tak ada siapa yang akan uruskan jika pelanggan nak buat COD.

Tapi jika anda gunakan sistem pengurusan ejen The Boss Asia, anda dapat ubah sedikit taktik jualan COD ni. Caranya, anda gunakan kurier servis seperti Ninjavan.

Jadi, apabila dropship terima sebarang tempahan yang memerlukan COD; tempahan akan dibuat kepada HQ dan HQ akan pos barang menggunakan COD Ninjavan.

Setelah itu, apabila Ninjavan sudah dapat bayaran daripada pelanggan, anda boleh terus key-in komisen dropshipper tadi di dalam sistem. Lebih mudah dan sangat user-friendly. Kini, anda boleh terus monitor dropship yang tidak pegang sebarang stok dan ingin melakukan COD.

4. Terima status tempahan melalui WhatsApp

Walapun ramai bisnes yang gunakan emel sebagai medium untuk sampaikan maklumat berkenaan order, tapi rata-ratanya ramai yang setuju jika WhatsApp lebih menjadi pilihan.

pengurusan ejen whatsapp

Sistem The Boss Asia turut lengkapkan feature ni dalam sistem pengurusan ejen mereka. Dalam erti kata lain, semua detail mengenai order akan diberikan melalui WhatsApp.

Cuma, HQ dah tak perlu update sendiri. Sistem ni yang akan update secara automatik ke dalam WhatsApp pelanggan anda. Sebagai contoh bagi tracking number, anda cuma perlu masukkan detail penghantaran seperti tracking number order. Tracking number tersebut akan terus dihantar secara automatik kepada pelanggan anda tanpa anda perlu taip secara manual.

Antara status yang akan dihantar secara automatik kepada pelanggan adalah status tempahan seperti tempahan baru, sedang diproses, dihantar ke kurier, dipulangkan atau telah diterima. Cara ini turut memudahkan pelanggan untuk cek status tempahan mereka tanpa perlu masuk ke emel terlebih dahulu.

Tapi, anda jangan risau. Sistem ini juga boleh menghantar status tempahan menggunakan emel. Memang sangat fleksibel dan memudahkan pihak pelanggan dan juga penjual.

5. Boleh Semak Prestasi Stokis dan Ejen

Antara yang paling penting sekali ialah sistem pengurusan ejen juga dapat monitor prestasi stokis dan ejen. Di samping itu, anda juga dapat menjana report jualan mengikut bulan, minggu, hari atau mengikut tarikh pilihan anda.

Dari segi pemasaran, anda dapat menyemak semula jika teknik marketing yang anda lakukan dapat meningkatkan jualan atau tidak; berdasarkan report yang ada terima tadi. Dari situ, anda dapat mengubah teknik marketing berdasarkan performance jualan.

Kesimpulan

Anda mungkin rasa macam anda tak perlukan sistem pengurusan ejen. Tapi jika anda benar mahu kembangkan perniagaan, sistem pengurusan ejen adalah sistem yang anda perlu miliki bagi memudahkan semua pihak.

Dengan adanya sistem seperti ini, pengurusan ejen anda akan menjadi semakin teratur.

Anda juga dapat mengenal semua ejen anda bermula dari stokis, ejen dan juga dropship. Dengan cara ini, anda boleh mewujudkan komuniti ejen anda sendiri dengan cukup mudah.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan sistem pengurusan ejen dari The Boss Asia, anda boleh terus klik ke https://tidycal.com/mysistemejen

Bacaan Lain Untuk Anda