Mempunyai dropship dan ejen dalam bisnes memang ada cabaran yang tersendiri. Antaranya ialah founder tak dapat kenalpasti punca dropship tak berjaya. Sebab ramai yang cakap, dropship ni mudah.
Bukan senang nak urus dropship dan ejen yang berada di bawah kita. Kalau seorang dua, mungkin senang lagi. Tapi bila terlalu ramai, memang pening dibuatnya.
Punca Dropship Tak Berjaya
Nak taknak, semua founder akan lalui pengalaman yang sama iaitu dimana dropship di bawah anda tak bermotivasi untuk menjual produk anda.
Menjual pun kadang-kadang ada pasang surutnya. Bukan setiap masa rasa bersemangat nak menjual tau. Tambah-tambah untuk yang buat dropship.
Sebenarna, dropship lagi senang untuk rasa tak bermotivasi, sebab mereka tak pegang barang. Jadi, tak merasa sangat ‘tekanan’ untuk habiskan produk yang ada ‘di tangan’.
Sebenarnya, banyak punca yang buatkan dropship tak berjaya atau gagal. Tapi perkara ni boleh dielakkan. Sebagai founder, anda perlu lebih kreatif untuk guide atau melatih semua dropship dan ejen di bawah anda.
Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan 5 punca dropship tak berjaya atau gagal; supaya lebih ramai founder ambil perhatian dan tekankan kepada dropshipper anda.
1. Tidak Kenal Produk yang Dijual
Kesalahan ni selalu berlaku pada mereka yang baru nak mulakan bisnes. Ramai yang mulakan bisnes tanpa ada asas yang kukuh seperti produ kctnowledge ataupun pengetahuan produk.
Kenapa product knowledge ni penting?
Pertama sekali, anda perlu tahu bahawa dropshipper merupakan wakil atau ikon yang membawa imej sesuatu jenama.Kata mudah, dropship dan ejen ini merupakan sumber rujukan jika bakal pelanggan ada soalan berkaitan produk yang dijual.
Ada masanya, bakal pelanggan akan minta recommendation dari dropship berkenaan produk yang mereka jual.
Tapi andainya dropship tak dapat jawab soalan tu, maknanya dropship sendiri belum betul kenal produk yang dijual.
Bila situasi macam ni berlaku, makin susah nak dapatkan kepercayaan atau trust bakal pelanggan. Hal ini demikian kerana ejen jualan hanya tahu menjual untuk dapatkan wang – tanpa tahu sebarang kebaikan produk yang dijual.
Sebagai founder, anda boleh elakkan supaya perkara macam ni tidak terjadi.
Antara yang anda dapat lakukan ialah
- Wujudkan group support untuk ejen dan dropship tanyakan sebarang soalan
- Beri bimbingan dan coaching kepada ejen anda
- Senaraikan FAQ atau frequently ask questions iaitu soalan yang selalu pelanggan tanya
Selain itu, dropship sendiri perlu ambil inisiatif untuk tambahkan pengetahuan tentang topik-topik sekitar produk yang dijual.
Sebagai contoh, kalau anda jual produk kecantikan. Anda perlu tahu perkara asas seperti skincare flow, kepentingan pakai moisturizer, kepentingan pakai sunscreen dan sebagainya.
Dengan adanya pengetahuan seperti ini, anda dapat kongsikan berbagai-bagai tips di sosial media anda.
2. Silap Cara Menjual
Di samping itu, ada juga dropship yang tidak tahu cara untuk menjual. Kebanyakan yang selalu lakukan kesalahan ni ialah dalam kalangan penjual baru.
Mereka akan selalu tertanya-tanya, kenapa barang tak dapat dijual. Tapi orang lain boleh jual produk yang sama.
Jadi, di mana silapnya.
Selalunya kesilapan berlaku bila terlalu hard sell.
Hard sell maksudnya cara jualan yang digunakan tu memang nampak terlalu menjual.
Tapi kita memang nak menjual pun kan sebenarnya? Jadi kenapa tak boleh hard sell?
Hard sell dalam erti kata lain cara menjual yang dilihat terlalu memaksa pelanggan untuk beli. Cara macam ni lebih agresif dan dapat buatkan pelanggan terus tak berminat untuk membeli dari anda.
Apa yang dropship perlu lakukan ialah dengan memperbanyakkan soft sell.
Soft sell bermaksud teknik jualan yang lebih lembut dan tidak terlalu menjual. Sebagai contoh, anda perlu wujudkan interaksi antara penjual dan pembeli. Tapi perlu ingat, interaksi yang diwujudkan tu jangan terlalu bersifat hendak menjual produk.
Anda boleh kongsikan fakta dengan bakal pelanggan tanpa perlu sebutkan produk yang anda jual sebagai contoh. Bila pelanggan rasa anda sangat informative dan telah wujudnya trust, bakal pelanggan sendiri akan cek siapa anda sebenarnya.
Dari situ, anda berjaya tarik pelanggan untuk lihat apa yang anda jual.
Banyak lagi sebenarnya tips untuk menjual, anda hanya perlu cari apa kehendak pelanggan dan penuhi permintaan mereka.
3. Pemilihan target market yang tidak spesifik
Antara punca lain dropship tidak berjaya ialah disebabkan pemilihan target market yang tidak spesifik.
Senang kata, target market yang bercampur.
Kita sedia maklum, dropship boleh jual apa sahaja barang sebab mereka tak pegang barang. Tapi antara kesilapan dropship ialah bila mereka himpunkan semua jenis barang jualan dalam akaun sosial media yang sama.
Sebagai contoh, dropship anda jual produk anda iaitu skincare. Tapi dalam masa yang sama, dropship tersebut turut menjual ubat kurus.
Bila situasi macam ni jadi, pelanggan boleh lari.
Antara sebabnya ialah bakal pelanggan tadi follow anda disebabkan skincare yang anda jual. Tapi tiba-tiba, ada post keluar di newsfeed berkenaan ubat kurus.
Ini membuatkan pelanggan tadi mungkin rasa yang dia tak perlukan ubat kurus, jadi kenapa perlu follow akaun anda. Kan?
Oleh itu, akaun yang digunakan untuk menjual seharusnya dapat mewujudkan trust pelanggan kepada anda.
Jika anda spesifik untuk menjual satu niche sahaja iaitu skincare, maka pelanggan akan lebih memilih untuk membeli dari anda berbanding beli dari penjual yang menjual hampir semua benda yang tidak berkaitan.
Jadi, jangan tamak untuk jual semua benda.
4. Menganggap bisnes dropship ialah sesuatu yang mudah
Ramai juga sebenarnya yang anggap dropship ni sesuatu yang mudah.
Betul, dropship adalah satu bisnes yang mudah. Tapi, founder perlu ingatkan dropshipper supaya jangan ambil mudah.
Ramai yang beranggapan, bila kita pos sesuatu produk di sosial media – tugas kita sebagai dropship cukup setakat itu saja. Tapi, bila teknik tu tak berjaya, kita akan tertanya-tanya kenapa tak berjaya.
Sebab ramai yang ingat, pelanggan akan tertarik untuk beli produk lepas tengok satu posting dari anda.
Silap sama sekali!
Sebab itu, jangan pernah ambil mudah walaupun anda hanya seorang dropship. Walaupun anda dropship, anda perlu ada sikap seperti anda adalah founder bagi bisnes anda.
Dengan itu, anda akan cari peluang dan ruang untuk pastikan bisnes anda berjaya.
Antara contoh yang anda perlu lakukan walaupun anda cuma seorang dropship ialah dengan menyimpan data pelanggan yang pernah bertanya berkenaan produk yang anda jual.
Tak kisah sama ada beli ataupun tak, tapi bila bertanya bermaksud mereka minat dengan produk yang anda jual.
Bila ada promosi yang anda buat, anda boleh broadcast semula kepada mereka yang pernah bertanya berkenaan produk yang anda jual.
Kesimpulan
Dropship juga boleh berjaya seperti bisnes lain. Jadi, founder perlu memastikan yang dropship anda turut mempunyai mindset bisnes seperti anda.
Kami berharap agar anda dapat pastikan dropship tidak ada salah satu dari punca yang dapat buatkan bisnes mereka tak berjaya.
Akhir sekali, anda juga boleh gunakan sistem pengurusan dropship dari The Boss Asia bagi memudahkan pengurusan ejen dan dropship. Sistem ini juga dapat membantu anda memantau prestasi para ejen.