SISTEM URUS ORDER COD
Untuk Team Sales, Ejen, Fighter, E-commerce

MASALAH Anda hadapi permasalahan sebegini?
Susah nak urus order secara manual
- Urus manual perlu banyak proses, masa fulfillment jadi panjang, perlukan ramai staff.
- Menyebabkan kos bertambah, akhirnya banyak parcel kena hold, customer pun bising sebab lambat pos barang
- Itu belum lagi silap proses order customer, rugi lagi kena return dan ganti. Customer lari, ejen pun lari.
Susah nak urus COD payment
- Banyak request dari ejen dan team sales untuk COD payment dari customer - barang sampai baru bayar
- Tetapi tak mampu nak urus rekod dengan cekap, selalu silap, selalu lambat. Nak bayar duit COD ke ejen pun sampai 2 minggu, padahal parcel dah lama delivered
- Akhirnya buat keputusan tak buat COD payment. Rugi hilang potensi tambah jualan sampai 50%
Lambat proses rekrut ejen
- Masalah rekrut manual ni, tak ada rekod ejen yang sistematik
- Proses daftar pun lambat. Ejen baru pun blur tak tahu nak buat apa. Kena tunggu stokis & HQ bagi detail.
NEW GAME PLAN
Buat jualan sehingga 1.3 JUTA RINGGIT Sebulan
Cara Dulu Berniaga
Cara dulu, ejen kena beli stock di HQ, baru boleh jual. Akhirnya orang takut nak jadi ejen, takut tak boleh jual, stock duduk bawah katil. Dah ramai kecam, HQ kaya, ejen kayap.
Sebenarnya, tak pegang stock pun, ejen boleh buat sales. HQ pun boleh dapat sales berjuta ringgit sebulan.
Baca study case di bawah 👇🏼👇🏼

Baca Study Case Ini

- Jualan 14 juta dalam masa 9 bulan. Purata 1.55 juta sebulan. Tengok sendiri dalam website supercube
- Semua ejen supercube tak pegang stock tetapi boleh jual dengan sangat banyak. Dari level paling bawah sampai paling atas. Ada order, baru submit ke HQ.

- Jualan januari 2022 lebih 1.3 juta sebulan
- Semua fighter ecommerce, tak pegang stock. Mereke run FB Ads dan buat sales di website. Ada order, terus submit ke HQ
Dua Je Ke Case Study?
Ada Banyak Lagi HQ Yang Gunakan Konsep Sama

Untuk rekod dari sistem BOSS, jualan terkumpul sebanyak RM41 juta dalam masa 8 bulan. Purata 5.125 juta sebulan.
Mengikut rekod Ninja Van, 70% jualan datang dari COD payment.
KENAPA NEW GAME PLAN
Tak Perlu Pegang Stok

Bila Tak Perlu Pegang Stok,
Beri Banyak Kelebihan Kepada Ejen
- Tak ada risiko stock tak laku jual
- Tak perlu modal besar jadi ejen
- Tak perlu ruang besar dalam rumah untuk simpan stock
- Tak perlu susah payah nak urus postage order customer
Jadi, ejen fokus betul-betul buat sales dan bina team
Kalau setup fighter yang gunakan paid advertising seperti FB Ads & TikTok Ads, fighter fokuskan modal untuk buat ads
SISTEM THE BOSS ASIA
Features Yang Memudahkan Anda
Submit Order 24 Jam
Urus order anda dengan sistem yang tersedia 24 jam. Team sales dan ejen boleh submit order setiap masa.
Intergration dengan Ninja Van, DHL dan J&T
Klik satu button dan semua order terus masuk dalam sistem kurier. Tak perlu download & bulk upload.
Urus COD Tanpa Staff
Ejen submit dan terus request withdrawal bila order completed dalam 3 hari @ delivered
My Wallet
Ejen topup duit dalam wallet untuk bayar order dalam sistem. Tak perlu buka FPX & TAC setiap kali submit satu order.
Override Komisen
Stokis/ejen auto dapat komisen bila ejen/dropship bawah mereka submit order.
Multi-level Ejen
Anda boleh setkan sehingga 10 level ejen di dalam Sistem THE BOSS.
Slip Gaji
Ejen boleh print atau download slip gaji setiap bulan. Boleh guna beli rumah & kereta.
Referral link
Ejen hanya perlu berikan referral link untuk rekrut ejen baru. HQ akan approved selepas pengesahan dari ejen.
Auto Tracking Number
Sistem THE BOSS secara automatik akan menghantar tracking number di SMS dan Whatsapp
Auto Rank Up & Down Level
Level ejen automatik akan turun level bila tak capai target dan naik level bila mencapai target
Integration WooCommerce & Shoppegram
Semua order di website e-commerce terus masuk dalam sistem. Tidak perlu key in semula
SISTEM THE BOSS
Tawaran Harga Pakej
PAKEJ PHANTOM
RM1500/sebulan

- Dapat Group Coaching
- Cara pengkiraan kos bisnes untuk sistem ejen (jika tak tahu nak set margin untung setiap level ejen)
- Marketing untuk merekrut ejen. Basic yang perlu ada dalam marketing rekrut ejen. Supaya ejen tak slow buat sales.
- Strategi untuk optimize sistem The BOSS untuk urus ejen. Setiap bisnes ada environment work flow yang berbeza. Wajib tahu cara paling sesuai supaya boleh optimumkan kos bayar sistem The BOSS.
- User Success Program
- Sesi 7 hari bersama support The BOSS untuk setup sistem sampai pandai.
- Satu orang wakil User @ PIC yang akan uruskan sistem wajib hadir secara online zoom meeting.
- Special Rate Ninja Van
- Standard rate RM6.20/kg, boleh dapat rate lebih rendah sehingga RM5.50/kg mengikut terma & syarat.
- Hanya perlukan 250 parcel sebulan untuk start negotiate rate postage.
