Untuk langganan produk The BOSS Asia bagi kedua-dua pakej Phantom dan President, pelanggan akan dicaj pada setiap 7hb. Jadi jika anda melanggan pada tarikh-tarikh yang lain, bayaran yang akan dikenakan adalah akan dikira secara Pro-Rate.
Sebagai contoh, jika anda mula melanggan pakej Phantom pada 20hb Februari, anda hanya akan dicaj untuk tempoh 20hb Februari sehingga 7hb Mac sahaja bagi bulan pertama iaitu RM750(jumlah sebenar mungkin berbeza, jumlah ini dimasukkan sebagai contoh sahaja) untuk tempoh 15 hari. Dan pada bulan seterusnya iaitu untuk 8hb Mac hingga 7hb April, anda akan dicaj harga penuh untuk pakej Phantom iaitu sebanyak RM1,500.
Dan untuk contoh bagi pakej President pula, jika anda mula melanggan pada 25hb March, jumlah yang akan dicajkan kepada anda adalah sebanyak RM1,166.62(jumlah sebenar mungkin berbeza, jumlah ini dimasukkan sebagai contoh sahaja) untuk tempoh 25hb March sehingga 7hb April. Dan pada bulan yang berikutnya untuk tempoh 8hb April sehingga 7hb May, anda akan dicaj harga penuh pakej President iaitu sebanyak RM2,500.