Kupasan Lengkap Perbandingan Sistem Ejen Yang Wajib Anda Baca

Menguruskan ejen ini bukan satu perkara yang mudah dan senang untuk dilaksanakan. Ada di kalangan pendiri bisnes merasakan urus ejen ini cukup sekadar menggunakan Whatsapp. Namun, hakikatnya pasti berbeza bila mana bisnes anda sudah mempunyai ratusan ejen terdiri daripada stokis, dropshipper atau master ejen dan lain lain. Jadi kami akan cuba terangkan apa yang anda perlukan dalam sesebuah sistem urus ejen dan harus ingat, harga bukanlah perkara yang utama sebaliknya yang penting sistem urus ejen itu sendiri harus mantap.

Dinasihatkan anda membaca kupasan ini sehingga habis dan tidak digalakkan skip walaupun sebaris. Kami huraikan keperluan anda dalam beberapa aspek iaitu operasi, kewangan, pemasaran, pengurusan supaya anda lebih jelas dengan apa yang sangat diperlukan oleh syarikat.

Melancarkan Operasi syarikat

Di luar sana tidak dinafikan sudah banyak sistem urus ejen dan ada yang murah dan low cost tetapi kita perlu jelas dengan keperluan kita. Keperluan utama kita sudah pasti mahu memudahkan semua urusan yang berkaitan dengan ejen. Jikalau pengurusan ejen A+ sudah pasti semua orang gembira dan lonjakan jualan akan berlaku dengan hebatnya. Pertama, sistem ejen yang dipilih harus mesra dan mudah digunapakai waima seorang budak sekalipun terutamanya non technical person. Pastinya tim operasi kita tidak perlu berfikir dan disaratkan minda mereka dengan perkara teknikal sebegini.

Antara ciri lain yang wajib ada ialah pengurusan order yang sistematik dan ciri order tracking apabila team operasi mengepos stok produk pada ejen stokis kita. Lagi satu perkara wajib merupakan integrasi dan automasi dari pihak ke-3, contohnya Ninjavan dan lain lain. Ciri-ciri di atas akan memudahkan tim operasi anda untuk lebih produktif berbanding menguruskan segalanya secara manual.

Mengadaptasi Proses Automasi untuk Pasukan Pemasaran

Untuk bahagian pemasaran produk,  ada di antara penyedia sistem ejen yang akan membina platform ‘online store’ untuk memudahkan ejen dan stokis anda menjual. Kemudian bersama online shop tersebut, disertakan sekali follow up status produk untuk ejen lihat proses pengeposan yang berlaku. Keperluan yang perlu ada lagi satu adalah integrasi bersama 3rd party supaya memudahkan proses automasi. Contohnya, ejen A buat sale kemudian HQ dapat order then Whatsapp akan notify ejen A tentang status produk yang dihantar kepada pelanggan. Justeru, carilah sistem ejen yang menyediakan ciri-ciri automasi.

Memudahkan Pengurusan Melakukan Analisa

Bagi pihak pengurusan syarikat pula, ini perkara penting yang harus ada dalam sistem ejen yang bakal kita langgan. Sebelum langgan, tanyakan terlebih dahulu harga sistem dan ciri ciri yang ada. Ada sesetengah orang menjadikan harga sebagai keutamaan walhal untung tahunan mencecah jutaan ringgit. Sebenarnya harga harus dibandingkan dengan ciri ciri yang disediakan,barulah sesuai dibuat timbang-tara.

Contohnya, jika tuan puan membayar RM1500 sebulan untuk memudahkan proses jualan stokis ejen dan mereka semua gembira,pastinya itu bukan satu hal yang membebankan berbanding menggunakan sistem yang murah kemudian menyusahkan ejen stokis kemudian hari. Ada satu kes di mana, ada yang melanggan sistem pada harga yang murah kemudian mengharapkan customer support yang cekap, pantas dan tuntas. Hal itu sedikit sukar untuk berlaku tetapi sebaliknya client premium pasti diutamakan dan mendapat support yang premium juga. Pastikan mendapat sokongan yang mantap dan tidak terlalu lambat hingga menjejaskan prestasi bisnes. Selain itu, kenalpasti terlebih dulu struktur ejen stokis anda supaya boleh sesuaikan dengan sistem urus ejen. Jika tuan puan memang serius, carilah sistem yang menyediakan sehingga 6 level sistem seperti The Boss Asia, tengok dahulu booklet mereka secara percuma di sini.

Kawal selia Kewangan

Dari sudut kewangan pula, satu kemestian untuk financier atau akauntan menyimpan rekod transaksi dan segala resit bagi tujuan audit kelak. Pada masa yang sama, ciri yang perlu ada semestinya ciri pengiraan komisen yang mesra untuk pengguna. Ada sesetengah sistem tiada ciri ciri ini dan saranan kami, andai anda suka kira secara manual, silakan. Jika anda sama seperti kami, suka perkara mudah dan ringkas, carilah sistem yang benar benar efisyen.

Suka untuk kami kongsikan, satu situasi yang benar-benar berlaku dan doakan semoga tidak menimpa bisnes anda iaitu huru-hara sewaktu mengadakan launching produk baru. Tahukah anda, sistem yang ala kadar dan tidak diketahui kestabilannya mampu merosakkan nama anda. Dalam tempoh 24 jam yang pertama biasanya semua pelanggan akan masuk serentak mendaftar dalam sistem dan di sinilah ujian sebenar untuk sistem urus ejen. Jika malang tidak berbau, sistem tersebut down. Pastinya ramai bakal pelanggan akan turnoff malahan mungkin pemilik bisnes tadi akan mendapat makian bertalu-talu atas kesilapan sendiri. Sekali lagi kami memberikan saranan, carilah sistem yang stabil 99.99% seperti The Boss Asia.

Bagi memberikan gambaran mudah sistem urus ejen bagaimana yang harus anda pilih, kami bawakan 5 sistem yang ada di Malaysia. Ini perbandingan asas yang kami buat untuk memudahkan dan untuk anda mendapatkan penerangan tentang sistem The Boss Asia, boleh terus set appoinment percuma dengan klik butang di bawah.

perbandingan sistem ejen

 

 

 

Bacaan Lain Untuk Anda