3 Kebaikan Sistem Dropship Untuk Bisnes Anda

Kadang-kadang tertanya-tanya juga apa kebaikan sistem dropship.

Bukan apa, banyak sangat bisnes kat luar sana yang dah mula ada sistem dropship.

Kebaikan Sistem Dropship Untuk Bisnes

Betul ke dropship ni tak payah pegang barang?

Jadi apa sebenarnya tugas dropship?

Betul ke dropship bagus untuk bisnes saya?

Ramai sebenarnya bisnes owner yang tanya soalan macam ni. Mula-mula memang rasa takut sebab masa mula jalankan bisnes, kita boleh buat sendiri semua benda.

Tapi bila di fasa nak mengembangkan bisnes, nak taknak memang terpaksa cari jalan untuk ada team bisnes sendiri supaya lebih senang untuk kembangkan bisnes.
Antara cara yang paling mudah sebelum mempunyai staf yang dibayar gaji sepenuh masa adalah melalui dropship.

Kenapa dropship?
Kami akan huraikan kebaikan sistem dropship bagi bisnes anda.

1. Dapat tingkatkan jumlah bakal pelanggan

Dropship merupakan salah satu cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan jualan produk anda.

Dengan adanya dropship, anda dapat memasarkan produk anda kepada lebih ramai orang.

Lebih ramai orang = bakal pelanggan.

Jika hanya anda seorang yang menjual produk sendiri, anda tidak dapat mengembangkan bisnes anda kepada lebih ramai bakal pelanggan.

Sebagai contoh, anda berada di Selangor. Di Selangor mungkin jenama anda sangat dikenali disebabkan bisnes anda berpusat disana. Tapi cuba tanyakan, adakah orang yang berada di Kedah kenal dengan produk anda?

Tambahan lagi, kalau ramai target audiens bagi produk yang anda jual tidak gunakan internet. Maka agak susah untuk tingkatkan capaian untu tingkatkan awareness dalam kalangan mereka.

Dengan adanya dropship, lebih ramai bakal pelanggan yang akan mengetahui tentang kewujudan produk jualan anda. Dropship anda akan mensasarkan kumpulan terdekat seperti saudara-mara, rakan-rakan terlebih dahulu. Jadi dengan cara ini, lebih ramai yang akan kenal dengan produk anda.

Dengan itu, anda hanya perlu cari beberapa orang di lokasi tententu yang berminat untuk menjadi dropship bagi produk anda.

Mudah kan?

2. Menjimatkan wang, masa dan tenaga

Kerja anda akan jadi lebih mudah jika anda bekerjasama dengan stokis. Hal ini demikian kerana mereka telah mempunyai pelanggan yang tersendiri. Cara ini dapat menjimatkan wang, masa dan tenaga anda.

Stokis yang sedia ada sebenarnya telah mempunyai team yang sendiri. Terdapat ejen dan dropship di bawah stokis.

Jadi, setiap kali terdapat sebarang persoalan berkenaan produk; ejen dan dropship akan terus merujuk kepada stokis tanpa merujuk terus kepada bisnes owner.

Cara ini memudahkan anda juga sebagai bisnes owner. Namun, anda juga patut kenal siapa ejen dan dropship di bawah stokis anda. Hal ini demikian kerana anda perlu mengambil hati mereka supaya terus setia bersama bisnes anda.

Telah banyak sistem yang wujud untuk mengumpulkan stokis, ejen dan dropship. Antaranya anda sistem dari The Boss Asia dimana sistem ini dapat merekodkan semua team bisnes serta rekod jualan produk untuk memudahkan sistem dropship. Jadi, tiada alasan untuk anda tidak mengenali semua team jualan anda.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan mereka yang mempunyai bisnes secara online sebenarnya tidak mempunyai banyak wang untuk membeli tempat menyimpan barang. Selain itu, mereka juga tidak mempunyai banyak modal untuk membeli sesuatu produk untuk dijual semula.

Dengan cara ini, dropship tidak perlu membeli produk yang ada kemungkinan tidak dapat dijual. Hal ini demikian kerana mereka hanya akan memesan produk hanya setelah produk tersebut ditempah pelanggan. Jadi, fokus mereka hanyalah dengan melakukan marketing dan memastikan produk terjual.

Inilah kebaikan dropship untuk bisnes anda.

Tugas ada akan menjadi lebih mudah kerana droshipper akan terus memesan barangan dari pelanggan melalui anda atau stokis anda.

Siapa akan pos? HQ atau stokis?

Jika dropshipper menghantar order pelanggan kepada anda, maka anda akan terus hantar produk tersebut kepada pelanggan.

Tapi jika anda mempunyai stokis, dropship akan terus menghantar pesanan pelanggan kepada stokis. Dengan ini, stokis yang akan menghantar produk tersebut kepada pelanggan.

Kewujudan stokis juga sangat penting supaya dapat meringankan kerja anda untuk guide ejen dan stokis di bawah mereka.

Tambahan lagi, anda pula akan dapat menjimatkan lebih masa dengan tidak terlalu fokus berurusan dengan pelanggan untuk mendapatkan sale.

Maka, kedua-dua pihak berada dalam win-win situation kerana stokis dan dropshipper akan mendapat keuntungan dari jualan.

Bagi bisnes owner pula, mereka dapat jimatkan lebih banyak masa dengan mengharapkan stokis dan dropshipper untuk melakukan sale.

3. Lebih Fleksibel

Bisnes yang mempunyai dropship lebih fleksibel kerana mereka dapat melakukan sale pada bila-bila masa.

Sebenarnya, waktu kerja dropship bergantung kepada setiap individu. Ada sesetengah dropship yang akan melayan pertanyaan pelanggan setiap masa. Tapi ada juga yang meletakkan limit kerja pada waktu dan hari tertentu.

Mana taknya, dropshipper dapat melakukan sebarang sale pada bila-bila masa dan dimana saja selagi mereka mempunyai capaian internet.

Gaji dropship

Ramai yang tertanya-tanya berapa sebenarnya gaji dropship.

Sebenarnya sistem dropship dibayar melalui komisyen.

Dari segi komisyen, dropship turut memberikan keuntungan kepada bisnes owner kerana mereka hanya membayar dropshipper berdasarkan komisyen setiap jualan.

Jadi, bisnes owner tidak perlu membayar gaji tetap kepada dropship. Dropship juga boleh mark-up sendiri harga (bergantung kepada bisnes owner).

Coaching yang fleksibel

Sebagai bisnes owner, anda perlu memberikan tunjuk ajar kepada dropshipper kerana mereka pastinya memerlukan anda dari segi bahan marketing dan produk knowledge.

Sebab itu, banyak bisnes yang mempunyai support group dimana semua ahli dapat saling bantu-membantu antara satu sama lain.

Jualan produk yang lebih fleksibel

Di samping itu, terdapat juga bisnes owner yang tidak mengongkong dropship mereka.

Mengongkong disini bermaksud mereka tidak meletakkan sebarang target untuk dicapai bagi setiap bulan.

Dengan cara ini, dropshipper akan lebih rasa bebas dan akan sentiasa kembali kepada bisnes anda untuk mencari side income. Ada yang mengatakan dengan cara ini, dropship akan jadi lebih malas. Tapi, terpulang kepada cara masing-masing.

Dari segi fleksibiliti kepada dropshipper, mereka juga dapat menjual produk lebih daripada 1 jenama dalam satu masa. Sebagai contoh, dropshipper mempunyai hak untuk menjual produk jenama A, jenama B dan jenama C dalam waktu yang sama.

Jadi, mereka akan mempunyai produk yang lebih variasi serta mempunyai komisyen yang berbeza-beza dari segi jenama yang dijual.

Kesimpulan

Untuk bisnes owner yang masih bimbang untuk mempunyai sistem dropship, anda boleh cuba dulu aplikasikan pada bisnes anda. Jika anda perlukan sistem pengurusan dropship, anda boleh dapatkan dari The Boss Asia. Sistem ini akan memudahkan anda untuk mengurus ramai dropship.

Namun sebagai permulaan, anda boleh mulakan dengan hanya mempunyai beberapa orang dropship terlebih dahulu. Dengan wujudnya beberapa dropship yang terawal, anda juga dapat belajar selok-belok bagi menguruskan dropship.

Setelah itu, anda boleh perlahan-lahan kembangkan bisnes anda dengan merekrut lebih ramai dropship di bawah anda.

Selamat mencuba!

Bacaan Lain Untuk Anda