Langkah-Langkah Seterusnya

Salam sejahtera dan selamat datang kepada pelanggan yang dihormati. Seperti yang anda sedia maklum THE BOSS ASIA adalah sistem yang membantu pengurusan tempahan, pemprosesan komisen ahli secara automatik dan pemprosesan tempahan COD dalam satu platform. Jadi kami akan membantu anda bagi memastikan proses membangunkan sistem anda berjalan dengan baik.

1 – Lengkapkan borang Onboarding.

Setelah anda selesai membuat bayaran untuk langganan sistem sila pastikan anda telah mengisi borang Onboarding yang kami sediakan. Apabila sudah selesai melengkapkan borang tersebut pihak kami akan menghubungi anda untuk untuk mengesahkan beberapa perkara dan sistem anda akan mula dibangunkan.

2 – Berapa lama sistem akan siap?

Sistem anda akan siap dalam masa 3 hari bekerja. Pihak kami akan menghubungi anda untuk memaklumkan sistem anda telah siap dan boleh digunakan.

3 – Apa yang perlu dilakukan apabila sistem telah siap?

Anda boleh log masuk ke sistem anda dan semak sistem anda adakah ianya seperti yang anda nyatakan di dalam borang Onboarding yang anda lengkapkan. Seterusnya anda boleh ke langkah seterusnya untuk setting sistem anda.

4 – Payment Gateway

Untuk payment gateway sistem kami berintegrasi bersama Billplz jadi anda dinasihatkan untuk melanggan Billplz bagi memudahkan urusan pembayaran komisen kepada ahli nanti dan bagi memudahkan klien membuat pindahan komisen secara automatik kepada ahli anda juga dinasihatkan untuk melanggan pakej Standard 30 atau Standard 365 daripada Billplz. Anda boleh membuat langganan disini.

5 – Sistem kurier

Untuk sistem kurier buat masa sekarang kami berintegrasi dengan tiga kurier pilihan iaitu DHL, Ninja Van dan J&T Ekspress. Jadi jika klien belum ada akaun dengan salah satu kurier tersebut maka klien perlulah berbuat demikian bagi memudahkan proses integrasi dengan sistem kami kelak.

Untuk pembukaan akaun kurier:

  1. Untuk pembukaan akaun Ninja Van anda boleh ke cawangan Ninja Van yang berhampiran atau daftar disini. Pihak Ninja Van akan menghubungi anda kelak.
  2. Untuk pembukaan akaun DHL anda boleh ke cawangan DHL yang berhampiran atau hubungi Encik Khai Mokthar 016-2684821.
  3. Untuk pembukaan akaun J&T anda boleh ke cawangan J&T yang berhampiran atau boleh daftar disini. Pihak J&T akan menghubungi anda kelak.

6 – Notifikasi Tempahan

Untuk notifikasi tempahan pula anda digalakkan untuk melanggan aplikasi WooWa bagi memastikan setiap proses tempahan yang berlaku dalam sistem akan diterima oleh penjual dan pembeli.

Jadi pada asasnya inilah beberapa perkara yang anda lakukan selepas sistem anda telah siap dibangunkan bagi memastikan penggunaan sistem dalam keadaan baik tetapi jika anda masih ada pertanyaan yang ingin diajukan anda boleh terus hubungi kami di sini.