Hola! Pengenalan Best Online Stockist System (BOSS)

Selamat Datang ke BOSS!

Platform ini disediakan khas untuk membantu anda mengautomasikan komisyen ejen dan tempahan pelanggan dalam satu tempat pada harga yang berbaloi.

Dokumentasi ini akan menjadi panduan utama anda. Selepas tempahan anda berjaya dilakukan, kami akan mengemaskini akaun anda dalam tempoh 24 jam. Setelah itu anda akan menerima email notifikasi untuk mengakses ke sistem anda. Sila ikuti panduan ini untuk memahami secara lebih terperinci untuk memastikan penggunaan yang maksima. Anda juga boleh memberikan link panduan ini kepada Ahli-ahli anda mengikut masalah yang dihadapi dan soalan yang ingin ditanya. 

Sekiranya anda sudah menggunakan platform lain tetapi ingin mengautomasikan pengurusan tempahan pelanggan dan komisyen ahli di BOSS, mulakan dengan mendaftar perniagaan hari ini!