Cara Urus Order oleh HQ

Di dalam tutorial ini, kami akan kongsikan cara untuk HQ urus order ahli bermula daripada terima order sehingga print airwaybill untuk urusan packaging.

Berikut adalah status menu order yang berlaku di dalam sistem:-

1- New Order

New order adalah tempat semua order yang baru dihantar oleh ahli ke dalam sistem. Order yang masuk di menu ini sama ada di isi manual oleh ahli atau order yang datang dari integrasi Woocommerce dan Shoppegram. Order di ruangan ini perlu di sahkan (approve) atau reject terlebih dahulu oleh HQ untuk memastikan order yang betul sahaja akan diproses.

2- Pending Order

Pending order adalah tempat semua order yang disahkan berkumpul. Di bahagian ini HQ perlu menghantar semua order ke sistem kurier dengan hanya beberapa klik sahaja.

3- Pending COD

Pending COD adalah menu yang akan mengumpulkan semua order yang berstatus COD sahaja. Ini bermaksud order ini belum di bayar oleh pelanggan, dan penjual belum mendapat komisyen. Penjual akan mendapat komisyen setelah barang tersebut diterima dan dibayar oleh pelanggan di dalam sistem kurier. Jika barang tersebut gagal diterima pelanggan, cas kos postage dan COD akan dikenakan kepada penjual.

4- Completed

Completed adalah menu yang akan mengumpulkan semua order yang berstatus NON-COD sahaja. Bermaksud order ini telah dibayar oleh pelanggan, dan penjual akan mendapat komisyen setelah order tersebut di approve oleh HQ

5- Returned

Returned adalah menu yang mengumpulkan semua order yang gagal dihantar kepada pelanggan jika order tersebut berstatus COD.

6- Rejected

Rejected adalah menu yang mengumpul semua order yang direject oleh HQ dari status New Order.

 

Tonton video di bawah untuk maklumat lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published.