Cara Untuk Menukar Tetapan Easy Blast

Fungsi Easy Blast adalah untuk anda menghantar mesej secara pukal melalui WhatsApp ataupun SMS kepada customer atau seller anda.Untuk menggunakan fungsi Easy Blast, sila ikuti langkah-langkah berikut.

Di bahagian Admin Dashboard, klik pada menu Easy Blast kemudian klik pada New Campaign untuk membina kempen baharu atau All Campaigns untuk melihat kempen sedia ada.

easy blast 2

Masukkan maklumat berkaitan kempen anda.

  1. Masukkan nama kempen di bahagian Name sebagai contoh “Promosi Akhir Tahun”, “Promosi Hari Raya” dan sebagainya.
  2. Di bahagian Type, pilih kaedah mesej dihantar sama ada melalui SMS atau WhatsApp.
  3. Di bahagian Target pula, pilih sasaran mesej anda iaitu sama kepada Seller atau Customer.
  4. Pilih tarikh anda ingin memulakan kempen tersebut di bahagian Run After.
  5. Di bahagian Message, tulis mesej yang ingin anda hantar untuk kempen tersebut. Sebagai contoh “Diskaun 50% untuk semua produk sempena Hari Raya Aidil Fitri, hubungi kami untuk membeli”. Anda boleh memilih untuk menggunakan beberapa Tags untuk dimasukkan ke dalam mesej anda seperti {name}, {phone}, {postcode}, {city} dan {state}.
  6. Selepas itu, anda boleh tekan butang Create Campaign untuk mencipta kempen tersebut dan menghantarnya secara automatik mengikut pilihan yang anda tetapkan.
  7. Jika anda mahu, anda boleh juga mengecilkan lagi skop sasaran mesej anda dengan menggunakan BASIC FILTER atau ADVANCED FILTER.
  8. Untuk bahagian BASIC FILTER, anda boleh memilih sasaran mesej berdasarkan lokasi penerima melalui postcode, city dan state.
  9. Dan untuk bahagian ADVANCED FILTER pula, anda boleh memilih untuk menghantar mesej kepada penerima tertentu berdasarkan peranan mereka dalam syarikat anda iaitu sama ada Stokis, Agent, Dropship dan sebagainya.
  10. Anda juga boleh memilih untuk menghantar mesej ini hanya untuk pelanggan yang telah membeli produk tertentu sahaja dengan memilih produk tersebut di bahagian Products.

 

easy blast 5

Selepas anda menekan butang Create Campaign, anda akan dibawa ke halaman All Campaigns untuk melihat dengan lebih lanjut semua kempen yang telah anda cipta. Bahagian Leads merupakan jumlah penerima mesej untuk kempen tersebut berdasarkan pilihan dan filter yang anda buat semasa mencipta kempen.

easy blast 6

Bacaan Lain Untuk Anda