Cara Untuk Mengurus Inventori Produk

Di bahagian Products > Inventories anda boleh mengurus stok dan inventori untuk semua produk anda dengan mudah dan cepat.

products inventories scaled

Seperti yang boleh dilihat dalam gambar di atas, terdapat 5 ruang di bahagian ini iaitu:

  • ID – nombor ID untuk produk
  • Title – Variantion Name – Nama dan variasi produk
  • Stock – Status produk
    • In Stock = stok produk sentiasa ada
    • Out Of Stock = produk kehabisan stok
    • Inventory = stok terhad mengikut bilangan pada bahagian Inventory
  • Inventory – Bilangan stok produk
  • Threshold – Apabila bilangan stok mencecah jumlah threshold, peringatan akan dihantar kepada HQ untuk menambah stok.

Selepas anda menukar status stok, bilangan inventori dan threshold untuk produk yang anda ingin lakukan perubahan, sila tekan butang Update Inventories untuk menyimpan perubahan tersebut.

Sila tonton video di bawah untuk penjelasan lanjut.

Bacaan Lain Untuk Anda