Cara Untuk Memberikan Link Pembayaran Kepada Customer

Untuk order yang dilakukan secara manual sama ada oleh HQ ataupun Ahli / Seller, link untuk pembayaran boleh diberikan kepada customer di mana customer boleh melakukan pembayaran secara automatik dan tidak perlu melakukan pembayaran melalui bank transfer.

Semasa melakukan Submit Order, sila pilih kaedah pembayaran BillPlz.

cara untuk memberikan link pembayaran kepada customer scaled

Kemudian di bahagian bawah sekali, sila aktifkan bahagian Is Customer Pay?

cara untuk memberikan link pembayaran kepada customer 1

Selepas anda klik pada butang Submit Your Order, anda akan di bawa ke halaman Order Details di mana terdapat link pembayaran untuk diberikan kepada customer. Anda boleh copy link tersebut ataupun klik pada butang Send Payment Link To (Nama Customer) untuk menghantar link tersebut secara automatik melalui WhatsApp.

cara untuk memberikan link pembayaran kepada customer 2

Status order ini adalah DRAFT di mana customer perlu melakukan pembayaran dalam tempoh 7 hari untuk order ini diproses, jika tidak order in akan dihapuskan dalam sistem.

 

Bacaan Lain Untuk Anda