Di halaman All Orders yang boleh diakses dari Orders > All Orders, anda boleh melihat semua order yang telah dilakukan oleh HQ anda tidak kira apa status order tersebut.
Di bahagian atas sekali halaman ini, anda boleh filter senarai yang dipaparkan mengikut kriteria-kriteria berikut;
User – Secara default, ia akan memaparkan pesanan untuk semua user, tetapi anda boleh memilih untuk memaparkan pesanan oleh user tertentu sahaja. Hanya seorang user boleh dipilih
Status – Secara default, ia akan memaparkan pesanan untuk semua status, tetapi anda boleh memilih untuk memaparkan pesanan untuk status tertentu sahaja iaitu Rejected, New, Pending, Pending COD, Waqaf, Completed, Returned dan Draft.
Payment – Secara default, ia akan memaparkan pesanan untuk semua jenis payment, tetapi anda boleh memilih untuk memaparkan pesanan untuk payment tertentu sahaja iaitu COD, Cash, Bank Transfer, BillPlz, Wakaf, ToyyibPay, My Wallet, Credit dan Deposit.
Shipping – Secara default, ia akan memaparkan pesanan untuk semua kaedah penghantaran tetapi anda boleh memilih untuk memaparkan pesanan untuk kaedah penghantaran tertentu mengikut apa yang telah anda tambah di bahagian Postage Cost.
Selepas anda memilih kriteria-kritera tertentu di atas, klik pada butang Filter Order untuk mengeluarkan senarai baru mengikut apa yang anda tetapkan.
Seterusnya di bahagian bawah anda boleh melihat senarai semua pesanan-pesanan yang telah dibuat dan anda boleh menyusun pesanan tersebut dengan menekan butang Sort By dan seterusnya memilih ID ASC, ID DESC, Date Latest, Date Oldest, Payment Status Paid atau Payment Status Unpaid.
Terdapat 5 kolum dalam senarai tersebut iaitu;
Buyer Details – memaparkan maklumat pembeli, klik pada nama pembeli untuk melihat maklumat lengkap pembeli tersebut.
Seller (via) – memaparkan maklumat penjual klik pada nama penjual untuk melihat maklumat lengkap penjual tersebut.
Payment & Shipping – Kaedah pembayaran dan penghantaran
Status – status order tersebut
Date – tarikh order dibuat
Actions – terdapat beberapa butang yang berbeza di bahagian ini mengikut status order tersebut di mana anda boleh melakukan beberapa task seperti Complete Order, Return Order, Reject Order, Download Seller Invoice, Download Delivery Slip, Generate AWB dan juga track penghantaran order tersebut.