Dua perkara yang anda perlu ubah terlebih dahulu di dalam sistem selepas sistem anda telah disediakan oleh pihak admin BOSS.
General Settings
Langkah pertama yang perlu anda buat selepas log masuk ke sistem BOSS anda ialah menukar tetapan di bahagian Settings
- Klik pada Settings > General untuk membuka halaman Settings.
- Di bahagian Settings ini, anda boleh menukar beberapa tetapan di bahagian App Setting, Company Setting, Other Settings, SMS (Text.my) Settings dan juga Additional Shipping Settings.
- Di bahagian App Setting, anda boleh memasukkan nama dan juga slogan sistem anda.
- Kemudian di bahagian Company Setting, anda boleh memasukkan maklumat syarikat anda seperti nama, email, nombor telefon dan juga alamat syarikat
- Untuk bahagian Other Settings pula, terdapat beberapa pilihan yang anda boleh enable atau disable.
- New Registration untuk membenarkan pendaftaran baru atau tidak
- Ranking Type: Completed Only untuk menyusun ranking sales untuk yang order yang Completed sahaja, tidak termasuk order yang dalam status New, Pending, Pending COD dan juga Rejected.
- Untuk Postage Cost Split, ia hanya digunakan untuk order secara COD sahaja. Jika anda enablekan pilihan ini, order tersebut hanya akan mempunyai charge COD sahaja. Sebaliknya jika anda disable, order tersebut akan mempunyai charge postage dan juga COD.
- Jika barang yang anda jual beratnya kurang dari 1KG, anda boleh enablekan pilihan Postage Unit in Grams. Jadi apabila anda menambah produk baru, untuk bahagian berat produk, anda akan masukkan unit timbangan berat dalam Gram dan bukannya dalam KG.
- Untuk COD Charge: Percentage, anda boleh enablekan pilihan ini untuk mengira charge COD berdasarkan peraturan dari harga barang bukannya nilai tetap. Jika anda disable, charge COD adalah berdasarkan nilai yang anda tetapkan.
- Untuk bahagian SMS (TEXTS.my) Notification anda juga boleh pilih untuk enable atau disable pilihan ini. Jika anda pilih enable, masukkan Secret / Token dan baki kredit akan ditunjukkan di bahagian Available SMS (TEXTS.my) Credit.
- Untuk bahagian Additional Shipping Settings, jika anda juga memasarkan produk anda ke Singapura, anda boleh memasukkan kadar tukaran wang dan juga abjad untuk dimasukkan pada bahagian depan dan juga belakang nombor tracking anda.
- Selepas siap memasukkan maklumat dan menukar tetapan, anda boleh klik butang Save untuk menyimpan.
- Untuk bahagian Default Settings, anda tidak boleh menukar maklumat di bahagian ini kerana ia diisi oleh staff BOSS semasa memasang sistem anda berdasarkan maklumat yang anda isikan di dalam borang Onboarding. Maklumat di sini hanyalah untuk makluman anda sahaja. Jika anda perlu menukar maklumat di sini, sila hubungi staff BOSS.
- Dan akhir sekali di bahagian My Subscription akan ditunjukkan maklumat tentang langganan anda seperti nama pakej yang anda langgan, tempoh langganan, dan bilakah tarikh langganan bermula dan berakhir.
Media Settings
Anda boleh akses bahagian ini dengan klik pada Settings > Media. Di sini anda boleh mengubah suai perkara yang berkaitan dengan media seperti di bawah
- Logo – Anda boleh memasukkan logo syarikat anda di sini. Klik pada button Browse untuk memilih logo dari komputer anda dan seterusnya klik butang Update Logo. Logo mestilah mempunyai latar belakang transparent dan di dalam format PNG atau SVG sahaja. Ukuran yang ideal ialah 300px lebar, 100 px tinggi atau apa-apa ukuran dengan nisbah 3:1. Dan saiz logo tersebut tidak boleh melebihi 128KB.
- Favicon – Favicon merupakan ikon kecil yang address bar dan juga tab browser anda. Untuk menukar Favicon, klik pada butang Browse untuk memilih Favicon dari komputer anda dan klik butang Update Favicon untuk memuat naik. Format untuk Favicon adalah PNG atau SVG sahaja dan ukuran yang dicadangkan adalah 16px lebar, 16px tinggi atau 32px lebar, 32px tinggi atau apa-apa ukuran yang mempunyai nisbah 1:1. Saiz maksimum untuk Favico juga adalah 128KB.
- Default Image – Default image akan digunakan apabila produk yang anda tambah tidak mempunyai imejnya sendiri. Untuk menukar Default Image, klik pada butang Browse untuk memilih imej dari komputer anda dan klik butang Update Default Image untuk memuat naik. Hanya menyokong format JPG dan PNG sahaja dan ukuran yang dicadangkan ialah 600px lebar dan 600px tinggi atau apa-apa ukuran dengan nisbah 1:1. Saiz maksimum untuk Default Image ialah 512KB.
- Smart Store Slider – Jika anda turut melanggan Online Store BOSS untuk diintegrasikan dengan sistem anda, anda boleh menukar imej yang dipaparkan di bahagian hadapan Online Store anda di sini. Untuk menukar imej Smart Store Slider, klik pada butang Browse untuk memilih imej dari komputer anda dan klik butang Update Default Image untuk memuat naik. Format imej yang disokong hanyalah PNG sahaja dan ukuran yang dicadangkan ialah 640px lebar, 480px tinggi atau apa-apa ukuran dengan nisbah 4:3. Saiz maksimum ialah 512KB.
Tonton video di bawah sekarang