Cara Menggunakan Smart Import

Sistem BOSS mempunyai ciri Smart Import yang membolehkan anda memuat naik tempahan daripada fail Excel ke dalam sistem.

Pertama sekali pergi ke Smart Import > New Import dan masukkan maklumat-maklumat berikut

cara menggunakan smart import 4

Batch Name –  nama untuk proses import ini contohnya WhatsApp September

Source – dari mana tempahan dilakukan contohnya WhatsApp

Payment Method – pilih kaedah pembayaran untuk tempahan ini

Shipping Method – pilih kaedah penghantaran untuk tempahan ini

Select File – pilih fail Excel dari komputer anda untuk dimuat naik

Selepas anda memasukkan semua maklumat-maklumat di atas, klik butang Upload untuk memulakan proses mengimport.

Selepas itu, klik pada Smart Import > Progress untuk melihat fail yang telah diimport sebelum ini.

cara menggunakan smart import 1

Klik pada butang View untuk melihat tempahan yang telah diimport.

cara menggunakan smart import 2

 

Klik pada butang Retry untuk mengimport semula tempahan yang tidak berjaya diimport semasa dalam proses sebelum ini.

cara menggunakan smart import 3

Untuk tempahan yang berjaya diimport, anda boleh klik pada butang View Order untuk melihat maklumat terperinci tempahan tersebut.

Bacaan Lain Untuk Anda