Cara Melakukan Integrasi Dengan CHIP

CHIP merupakan satu lagi kaedah pembayaran yang boleh digunakan dalam sistem BOSS. Sebelum anda boleh menggunakan sistem pembayaran ini, anda perlulah melakukan integrasi terlebih dahulu dengan mengikuti langkah-langkah berikut.

Pertama sekali, anda perlu mendaftar sebagai peniaga di https://onboarding.chip-in.asia/merchant.

Selepas selesai proses pendaftaran, log masuk ke akaun CHIP anda dan klik pada menu DEVELOPERS > BRANDS untuk mendapatkan Brand ID.

cara melakukan integrasi dengan chip 1 scaled

Untuk mendapatkan Secret Key pula, klik pada menu Keys dan klik pada butang + New live key untuk mencipta Secret Key yang baru.

cara melakukan integrasi dengan chip 2 scaled

Selepas anda mencipta Key tersebut, klik pada nama Key tersebut untuk mendapatkan Secret Key.

cara melakukan integrasi dengan chip 3 scaled

Selepas itu, log masuk ke sistem BOSS dan pergi ke Integrations > CHIP dan masukkan Brand ID dan juga Secret Key di dalam ruangkan seperti gambar di bawah.

cara melakukan integrasi dengan chip

Sila tonton video di bawah untuk melihat panduan dalam bentuk video.

Bacaan Lain Untuk Anda