Sistem BOSS mempunyai ciri yang membolehkan anda menggunakan staff anda sendiri untuk penghantaran tanpa menggunakan perkhidmatan kurier dengan melakukan langkah-langkah berikut.
Pertama sekali, pilih staff yang ingin anda jadikan sebagai penghantar (rider) dan pergi ke bahagian profil user tersebut. Kemudian klik pada butang Add To Rider untuk menjadikan staff tersebut sebagai penghantar.
Seterusnya untuk menggunakan fungsi In House Delivery, sila pastikan anda memilih Sales Team sebagai Shipping Provider ketika anda memasukkan tempahan.
Selepas tempahan dilakukan, di bahagian Order Management anda boleh memilih rider untuk menghantar pesanan tersebut di bahagian Deliver By (Rider). Semua staff yang anda Add To Rider dalam langkah di atas akan muncul di sini untuk anda pilih.
Selepas itu, anda boleh approve order tersebut
Seterusnya pergi ke In House Delivery>Pending untuk menyemak semula tempahan tadi.
Di bahagian In House Delivery>Completed anda dapat melihat tempahan yang telah dihantar.
Dari sistem seller pula mereka akan dapat lihat tempahan yang perlu mereka hantar dibahagian In House Delivery>Pending. Apabila penghantaran telah dilakukan seller perlu klik butang Delivered tersebut dan status tempahan akan bertukar menjadi Completed.