9 Strategi Lengkap Mengatasi Persaingan Dalam Perniagaan

Boss, boss goyang tak dengan persaingan dalam perniagaan boss?

Baru-baru ini kami discover satu benda.

Benda ini mungkin kecil. Tapi besar impaknya kalau boss boleh terapkan dalam perniagaan boss.

Persaingan adalah bukti perniagaan boss boleh buat duit.

“Tapi semakin banyak persainganlah semakin susah saya nak buat duit.”

Tak betul, boss. Kemunculan pesaing membuktikan perniagaan boss ada market dan boleh buat duit. Kalau tak, pesaing boss takkan masuk market boss. Mereka akan buat perniagaan lain.

Goyang dengan persaingan dalam perniagaan itu normal. Tapi jangan sampai terus menyerah kalah, boss. Jangan sampai halau persaingan macam acik nasi lemak ini.

Jadi macam mana nak mengatasi persaingan dalam perniagaan?

“Dengan duit. Buang harga kaw-kaw, bagi diskaun banyak-banyak, spend ads banyak-banyak sampai bisnes dia tutup. Lepas itu, kita naikkan harga kita balik.”

Itu dia. Straight dari playbook Grab dan Shopee 😅

Boleh juga pakai cara itu, boss. Tapi apa jadi kalau boss tak ada bajet besar?

Apa jadi kalau ada pesaing B, C, D dan seterusnya masuk market selepas pesaing A tutup kedai?

Persoalan-persoalan ini boss kena tahu jawapannya.

Boss kena tahu – selain harga murah – apa lagi benda yang membuatkan customer nak beli daripada boss.

Dalam artikel ini, kami akan ceritakan SEMBILAN benda yang membuatkan customer nak beli daripada boss iaitu:

1. Harga boss murah
2. Customer jumpa boss dulu
3. Boss jumpa customer dulu
4. Teknik closing boss bagus
5. Customer percaya boss
6. Ada orang refer boss kepada customer
7. Orang kenal jenama boss
8. Produk/servis boss unik
9. Produk/servis boss paling rendah risikonya

Bila dah tahu sembilan benda ini, kami akan berikan boss SEMBILAN strategi mengatasi persaingan dalam perniagaan boss iaitu:

1. Tawarkan harga murah
2. Maksimakan prospek trafik
3. Buat traditional marketing
4. Pertajamkan teknik closing
5. Tingkatkan autoriti
6. Maksimakan kuasa WOM
7. Naikkan ekuiti jenama
8. Berenang di laut biru
9. Rendahkan risiko mencuba

Sembilan strategi ini adalah strategi yang kami sendiri gunakan. Sebab dalam market sistem pengurusan order dan ejen di Malaysia, ada 9 sistem kami kena bersaing.

Boss boleh baca beza TheBoss.asia dengan pesaing kami di sini.

Untuk memudahkan pemahaman boss lagi, kami akan beri contoh strategi-strategi ini dalam konteks bisnes nasi lemak.

Jadi boleh kita mulakan? Kami mulakan dengan strategi paling obvious: harga.

Strategi #1: Tawarkan harga murah

1

Ini cara paling mudah untuk boss menarik customer (dan seterusnya mengatasi persaingan).

Jika pesaing A, B dan C menjual nasi lemak pada harga RM3 sebungkus, boss jual RM2 sebungkus.

Ini bermakna, jika ada pesaing baharu jual nasi lemak RM1 sebungkus, boss akan kehilangan mereka sebagai customer.

Dalam semua industri, pasti akan ada customer begini. Cuma walaupun mereka suka harga murah, mereka masih expect boss deliver kualiti produk/servis sekurang-kurangnya di tahap sederhana.

Sesuai jika: operasi perniagaan boss cukup cekap untuk menyasarkan keuntungan melalui production volume.

Strategi #2: Maksimakan prospek trafik

2

Salah satu cara terbaik menaikkan sales adalah memastikan customer jumpa produk/servis boss dahulu.

Macam mana? Ada banyak kaedah:

1. Menyenaraikan perniagaan nasi lemak boss di semua marketplace popular (Shopee Food, GrabFood, Foodpanda)
2. Menyenaraikan perniagaan nasi lemak boss di Google Business
3. Berniaga di lokasi banyak pejabat/kilang/sekolah

Sesuai jika: pesaing boss belum buat kaedah 1 dan 2.

Strategi #3: Buat traditional marketing

3

Dalam kesibukan boss buat strategi #2, boss juga kena jumpa potential customer dulu sebelum pesaing.

Antara kaedah yang berkesan adalah:

1. Buat ads di Facebook dan Instagram. Spend sedikit bajet sehari untuk audiens di radius 10-20km dari lokasi kedai boss.
2. Kongsi gambar, video dan lokasi kedai boss di Facebook Group daerah berdekatan.
3. Simpan dan kumpulkan database customer yang pernah order melalui WhatsApp. Blast mesej promo ke database tersebut secara berkala.

Sesuai jika: boss masih struggle nak habiskan stok.

Strategi #4: Pertajamkan teknik closing

4

Kemahiran closing yang baik boleh menjadi penentu kejayaan jualan.

Kalau boss pandai closing, boss boleh naikkan sales nasi lemak dengan upsell lauk-pauk.

Teknik closing yang boss boleh guna:

1. Tanya soalan positif yang membuatkan customer jawab, “Ya”. Contoh: “Encik mesti suka nasi lemak dengan lauk, kan?”
2. Berikan alternatif jika customer ragu-ragu. Contoh: “Kalau encik tak nak lauk, boleh tambah kuih.”
3. Berikan tawaran dengan had masa. Contoh: “Encik nak tambah ayam masak merah, tak? Hari ini je kita masak. Esok tak ada dah.”
4. Terangkan kualiti produk/servis. Contoh: “Kita masak ayam masak merah ini pakai cili kurang pedas. Jadi bila makan, rasa pedasnya tak melawan rasa manis ayam.”
5. Gunakan testimoni. Contoh: “Encik tak nak tambah ayam goreng macam abang sebelah ini?”

Sesuai jika: boss mempunyai produk/servis upsell.

Strategi #5: Tingkatkan autoriti

5

Boss nak tahu satu rahsia?

Customer membeli bukan sebab mereka suka company kita. Mereka beli sebab mereka percaya founder (kita).

Macam mana nak bagi customer percaya boss? Ini kaedahnya:

1. KONSISTEN buat content di media sosial/blog.
2. KONSISTEN menjawab komen/soalan orang di media sosial.
3. KONSISTEN membantu followers menyelesaikan masalah tanpa mempromosikan produk/servis.

Sesuai jika: boss mahu dianggap sebagai leader dalam market.

Strategi #6: Maksimakan kuasa word-of-mouth (WOM) marketing

6

Potential customer yang di-refer oleh customer sedia ada merupakan customer idaman, boss.

Tak kisahlah berapa ramai pesaing dalam market. Kalau nasi lemak boss yang direkomendasi oleh customer sedia ada, customer lain tetap akan cari nasi lemak boss.

Cara mendapat WOM marketing:

1. Memastikan kualiti bahan-bahan, rasa dan presentation nasi lemak boss sentiasa tinggi.
2. Memastikan kebersihan kedai dan penampilan diri boss sentiasa terpelihara.

Sesuai jika: boss mahu merasai nikmat perniagaan menjadi viral.

Strategi #7: Naikkan ekuiti jenama

7

Jenama berekuiti tinggi terhasil apabila ramai orang kenal dan recommend produk/servis boss.

Dalam erti kata lain, ekuiti jenama hanya akan naik apabila boss sudah menguasai strategi #5 dan #6.

Sesuai jika: boss berminat untuk mengembangkan lagi perniagaan menjadi lebih besar.

Strategi #8: Berenang di laut biru

8

Dalam perniagaan, boss kena ‘berenang’ di laut biru, bukan di laut merah.

Laut merah banyak pesaing. Laut merah tak ada pesaing. Boss boleh baca lebih lanjut mengenai konsep ini di sini.

Untuk berenang di laut biru, boss kena cipta demand baharu. Bukannya tunggu customer beritahu apa yang mereka mahu.

Cara berenang di laut biru:

1. Menyelami perjalanan customer sebelum, semasa dan selepas membeli. Apa masalah yang belum sesiapa selesaikan?

Contoh: tiada pilihan sambal, tiada info jumlah kalori, tiada insentif BYO

2. Pilih satu dan selesaikan masalah tersebut.

Contoh masalah: tiada pilihan sambal

Contoh solusi: pelanggan boleh memilih 2 daripada 3 sambal (pedas, tak pedas & signature) yang disediakan pada satu harga.

Sesuai jika: boss mahu produk/servis mempunyai keunikan yang pesaing tiada.

Strategi #9: Rendahkan risiko mencuba

9

Ini cara terbaik untuk boss dapatkan kepercayaan customer tanpa referral. Atau bila perniagaan boss baru bermula dan jenama tak ada ekuiti lagi.

Antara caranya:

1. Beli 1 percuma 1
2. Percuma air bila beli nasi lemak
3. Makan percuma semasa grand opening
4. Diskaun 20% pada hari Jumaat
5. Cabutan bertuah
6. Contest (hadiah makan percuma)
7. Kad keahlian

Sesuai jika: perniagaan boss baru bermula atau sales perlukan boost

Kesimpulan

Boss, dah tak ada cara lain kalau kita nak atasi persaingan dalam perniagaan.

Semua perniagaan ada persaingan.

Menghalau pesaing bukanlah cara terbaik untuk menaikkan sales boss. Cara terbaiknya adalah menjemput pesaing masuk market.

Semua usahawan goyang dengan persaingan. Tipulah kalau tak goyang.

Cuma usahawan berjaya hadapinya dengan matang. Dengan kebijaksanaan dan kerja keras.

Usahawan tak berjaya akan takut persaingan.

Gunakan strategi dalam artikel ini, Insyaallah perniagaan boss akan berjaya.

Satu lagi tips sebelum kita berpisah, boss.

Jangan terlalu fokus kepada pesaing boss.

Fokus kepada customer.

Apa masalah customer? Bagaimana boss boleh selesaikan masalah customer?

Hari boss berjaya selesaikan masalah customer adalah hari perniagaan boss akan berjaya.

Apa lagi cara yang boss gunakan untuk mengatasi persaingan yang tak ada dalam artikel ini?

Sumber

1. Harf, Michael. “Why Customers Buy from You.” Medium, 17 Apr. 2018, medium.com/@MichaelH_3009/why-customers-buy-from-you-bea5f68315ef.

2. Imke, Steven. “How to Crush the Competition with Horizontal Segmentation.” How to Advice for Your Side-Hustle or Small Business, 20 Feb. 2019, www.stevebizblog.com/how-to-crush-the-competition-with-horizontal-segmentation/.

Bacaan Lain Untuk Anda